5 JENIS BUAH BANTU RANGSANG OTAK ANAK CERDAS DAN MUDAH MENGHAFAL YANG IBU BAPA PATUT TAHU



5 JENIS BUAH BANTU RANGSANG OTAK ANAK CERDAS DAN MUDAH MENGHAFAL YANG IBU BAPA PATUT TAHU

Semua ibu bapa mahu anak mereka membesar dengan cergas dan cerdas.

Betul tak? Salah satu perkara yang boleh bantu anak-anak untuk mendapat rangsangan otak yang baik ialah mendedahkan anak-anak dengan buah-buahan yang boleh bantu mencerdaskan minda mereka.

So, anda tahu tak apa buah-buahan yang boleh bantu perkembangan minda anak-anak? Jom baca sampai habis..

1- Blueberry





Ia sangat baik untuk perkembangan otak anak dan meningkatkan daya ingatan. Ia juga mengandungi zat yang membantu melindungi otak dari stress oksidatif.

Ia juga membina daya tahan daripada serangan penyakit, elok untuk pencernaan, memelihara struktur dan kekuatan tulang. Ia kaya dengan vitamin C, zat besi, kalsium, magnesium dan vitamin K

2- APRIKOT



Kaya dengan vitamin A dan E. Ia memiliki sifat antioksidan dan penting untuk tingkatkan fungsi penglihatan serta meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

3- DELIMA(POMEGRANATE)



Mengandungi zat gizi yang melindungi sel-sel otak terhadap kerosakan radikal bebas, daya tahan penyakit serta dapat mengurangkan batuk dan asma.

Ia juga ejen anti-radangan yang hebat serta bertindak sebagai ejen imunisasi dalam tubuh.

Ia juga mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Sesiapa yang makan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari”.

4- KURMA



Buah kurma amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar, menguatkan daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang dan membentuk minda anak-anak yang cerdas.

5- ANGGUR



Apa yang menarik, anggur hitam, unggu dan merah semuanya mengandungi quercetin dan anthocynin yang boleh bantu sihatkan otak dan tingkatkan memori.

Ia juga mengandungi zat yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak yang berkesan untuk bantu merangsang minda.

So, lepas ni dah boleh simpan stok buah-buahan ni banyak-banyak kat rumah.. Cuba sediakan buah-buahn tersebut dengan cara yang kreatif supaya anak-anak tertarik untuk memakannya.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Mengenai Vigrow

Ketahui 5 Tips Berkesan Untuk Anak Mudah Makan Sayur

TIPS PEMAKANAN BERKESAN UNTUK ANAK EKZEMA YANG IBU BAPA MESTI TAHU